Wednesday, August 26, 2009

La Tahzan Jangan Bersedih

Buku: La Tahzan Jangan Bersedih
Harga: RM9.80 x 3
Penulis: Dr. Aidh bin 'Abdullah al-Qarni

Sempena Ramadan al-Mubarak, saya yakin dan percaya ramai di antara kita yang masih diselubungi kesedihan, banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan dan ditangani dengan berkesan.
Untuk membantu golongan yang bermasalah dan sebelum masalah anda menjadi semakin berserabut; eloklah kita mencari jalan keluar melalui buku-buku yang sudah diterbitkan, hanya menunggu anda untuk menyelaknya sahaja. Untuk itu, saya pilih buku La Tahzan yang saya sayangi.
Banyak sudah yang diperkatakan mengenai buku ini di mana-mana sahaja kerana ia adalah buku yang terlaris di Malaysia. Menurut seorang pemilik kedai buku yang saya temui, orang-orang bukan Islam di Amerika juga membeli buku ini. Sebanyak 200,000 naskah versi Bahasa Inggeris sudah dijual kepada orang-orang bukan Islam pada ketika saya bertemu dengan dia dalam satu bengkel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, kira-kira dua tahun lepas. Ketika itu, saya masih belum berminat mencarinya sehinggalah dihadiahkan oleh anak sulung saya kepada abahnya. Sememangnya tepat dan bermanfaat sekali untuk bacaan sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Paling popular di abad ini dalam kalangan semua manusia ialah MASALAH. Sampai mati kita tidak boleh melarikan diri dari masalah. Masalah akan mengikut kita sampai ke lubang kubur. Masalah ada di rumah setinggan, masalah ada di bawah jambatan, masalah juga tidak sunyi di istana, masalah sangat bersinonim dengan kehidupan. Bagi orang yang tidak boleh menangani masalah, stressnya boleh bawa sampai ke rumah sakit mental atau bercakap sorang-sorang di bawah pokok atau dengan dinding, bahkan apa-apa sahaja boleh jadi.
Terdapat tiga siri buku La Tahzan, dan terkini dicetak dalam bentuk pocket books supaya senang dibawa ke sana sini. Tidak membebankan dan tidak ada alasan melecehkan untuk dibaca di mana sahaja.
Apa yang dibuat oleh sahabat Rasullullah SAW apabila sudah buntu memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah berbangkit atau yang sudah lama disimpan di sanubari. Zikirkan astaghfirullah sebanyaki 1,000 kali contohnya dan Allah SWT akan membuka jalan. Rupanya ada jalannya, banyak lagi jalan yang kita kena cari kerana fikiran kita terlalu terhad untuk memikirkannya sendirian melainkan kita pasakkan pergantungan kita semua kepada Pencipta kita iaitu Allah SWT. Dia yang memberi masalah maka Dialah juga yang menyelesaikannya. Keyakinan kita mesti mantap jika tidak masalah tidak akan selesai sampai bila-bila.
Bacalah buku-cuku seumpama ini.Apabila kurang masa kita untuk menjamu selera, maka tentunya kita boleh mencuri sedikit masa untuk menyelak helaian buku yang bercambah di sekeliling kita.
Kecil atau besarnya masalah yang sedang kita hadapi adalah petunjuk sama ada dekat atau jauhnya kita dengan al-Khaliq, Tuhan Maha Pencipta. Jadi tepuklah dada dan tanyalah otak di manakah kita berdiri, semakin dekat atau jauh dengan Allah Rabuul Alamin. Bagi yang bermasalah pastinya anda akan menemukan jawapan yang dicari-cari selama ini.
Moga anda bijak mengurus masalah anda sendiri!

Tuesday, August 25, 2009

Buku Menyingkap Hukuman Penjara Dalam Islam


Ada orang terpenjara,
Ada orang dipenjara,
Ada orang penjarakan diri sendiri,
Demi 1,001 kehendak dan nafsu,
Penjara tidak akan tersingkap jika kita tidak menyingkap,
Maka dapatkanlah Buku MENYINGKAP HUKUMAN PENJARA DALAM ISLAM
oleh Prof. Dr. Muhamad Fauzi Muhamad, buku yang masih baru di pasaran.

Hubungi AWAN METRO (M) SDN. BHD.
3a, Jalan 1/5, Seksyen , Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor.
Tel: 03-87235769/5771
Fax: 03-87245189
 
Free Blogger Templates Blogger Styles